"A.H NUR CONSTRUCTION & ENGINEERING ni 1st company yg aku setup pada 10 November 2002, masa 2 aku aku keje kat Renaissance Kota Bharu hotel sbagai Techinician. Setelah sekian lama aku kerja bawah org dan aku banyak belajar tentang kehidupan dan aku mula pk ttg masa depan mula nk berfikir secara matang sampai bila aku mau jadi kuli org..kerja bawah arahan orang..heheh aku bukan nk belagak jadi bos tapi aku nak maju macam bangsa lain..aku nak ubah segalanya...kenapa org boleh buat aku xboleh?? so aku pun cuba belajar tentang construction ni..aku kerja shift kat renaissance 2... malam aku kerja 11pm-7am balik je kerja g kelas kul 8am-5pm kelas aku kat pusat khidmat kontraktor..aku ambik kursus jangka pendek..tuhan saja tahu masa 2 betapa penat nye aku study n kerja...setelah selesai semua ape yg perlu aku pun mula setup company..satu persatu masalah timbul..mcm2 citer aku dengar tentang construction ni..modal xada susah nak dapat projek..tak terjamin..argh..macam2 lagi la...tp aku x kisah janji aku dapat buat...ni pasal nak bukak akaun semasa lak..huuhh susah betul nak cari org boleh "introduce" untuk buka akaun maybank ni...maklum la sape yg nak "introduce" org baru macam aku ni...Alhamdulillah dengan bantuan kawan pakcik aku aku dapatlah buka akaun semasa dengan bermodalkan RM2000 pinjam dari pakcik aku..huhu sedih...setelah semuanya selesai alhamdulillah company aku ni Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas ‘F’(TGK SIJIL KAT ATAS) , Tenaga Nasional Berhad (TNB), Keratapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Kementerian Kewangan Malaysia dan juga dengan Lembaga Pembangunan Pembinaan Industri Malaysia (CIDB) di bawah gred ‘G1’"......insyAllah aku akan setup satu lagi company bila aku da dapat sijil kompeterm elektrik dari suruhanjaya tenaga...aku xjemu untuk belajar demi kemajuan..dan company yg sedia ada ni biarlah berjalan n aku akan jadikan company fmly...aku akan buktikan bahawa penjaja kuih, tukang cuci pinggang, pencuci mainhole, tukang potong rumput cm aku ni boleh berjaya....bersambung...=)
No comments:
Post a Comment