Friday, August 07, 2009

kerja untuk wang!!!!

Image(024)


pemikiran orang zaman sekarang tentang mencari rezeki...dan aku sendiri pernah di tanya dan aku pernah cuba mempertahankan pendapat aku tentang kerja..dan aku paling benci bila orang bertanya dan cuba duduk di bawah tapak kaki orang kaya..kebanyakan kita tidak tahu bahawa kita sekarang telah hanyut dalam mencari wang dan kita lupa tentang hak kita. Dalam buku yang di tulis oleh Robet T.Kiyosaki Bertajuk "BAPA KAYA BAPA MISKIN" @ "RICH DAD POOR DAD" dia berkata "manusia terperangkap dalam perlumbaan kehidupan" aku begitu setuju dengan kenyataan ini..mungkin ramai antara kita yang tidak begitu paham tentang kenyataan diatas tapi aku cukup memahaminya.


aku pernah ditanya oleh seseorang pakcik yang telalu taksub dengan kerja makan gaji..disini aku tidak mengatakan pekerjaan makan gaji itu tidak bagus..tapi kalau kita bercucuk tanam di tanah sendiri hasilnya kita tidak perlu kongsi dengan tuan tanah dan sebaliknya...disini perbualan aku dengan pakcik pegawai kerajaan yang taksub..huhuh


pakcik : adik kerja kat mana?


aku: saya kerja sendiri...


pakcik: kerja sendiri?adik ada Ijazah kenapa nak kerja sendiri?menjamin masa depan ke?


aku: Dulu saya kerja ngan orang jgk tapi da berhenti..Kerja sendiri lagi bagus pakcik...


pakcik: Ish...Terjamin ke?kalau pakcik pakcik tak nak anak pakcik kerja tak terjamin...banyak benda nak bayar..kalau kerja sendiri dapat gaji ke?mesti gaji tak menentu...


aku: aku senyum saje ....


Emm bagi aku...ramai siswazah zaman sekarang sanggup buruk otak kerana kerja orang lain..persoalanya? kenapa siwazah universiti sanggup menjadi kuli daripada menjadi bos??? kenapa target nak jadi pekerja daripada menjadi majikan? rata-rata aku tanya mereka menjawab "Ahh biar la dulu kerja ngan orang cari pengalaman" tu la korang..masa pratikal dulu tak nak pulak cari pengalaman..taknak kerja betul2..g tempat pratikal duk chat je..hahaha..


Bersambung...


No comments: