15 Disember 28 tahun dulu..
Disaat kelahiran seorang bayi, bayi itu menangis tapi orang disekeliling semuanya gembira menyambut kelahiran bayi tersebut..mempunyai seorang abang berumur setahun
15 Disember 27 tahun dulu...
Bayi itu di besarkan oleh keluarga yang sederhana bersama abang sulung dan masih tidak tahu apa-apa tentang kehidupan...
15 Disember 26 tahun dulu...
Masih kanak-kanak yang tahu menangis bila lapar,ketawa bila senang dan masih lagi tidak mampu memikirkan apa-apa tentang kehidupan..dan baru beberapa bulan mendapat adik perempuan
15 Disember 25 tahun dulu..
Mula mengenal dunia..tahu sedikit sebanyak tentang kitaran hidup..mendapat asuhan dari keluarga...
15 Disember 24 tahun dulu..
Mula belajar naik basikal..berbasikal dengan abang sulung, rapat dengan sepupu...aktiviti harian adalah main saja...
15 Disember 23 tahun dulu..
Memasuki alam persekolahan tadika bersama kawan-kawan..tetapi masih diam dan menangis bila terasa diri asing..huhuh anak kecil masih mentah..
15 Disember 22 tahun dulu...
Sekali lagi..memasuki tadika yang lain bersama kawan-kawan dalam persediaan ke sekolah rendah..Main?Bermain? adalah aktiviti harian yang wajib..
15 Disember 21 tahun dulu..
Sudah memasuki alam persekolahan di SRK Sultan Ismail 2 Kota Bharu..kesekolah dengan kereta aruah 'Ayah Sa' .
15 Disember 20 tahun dulu..
Bersekolah petang di sekolah yang sama...mula berminat tentang silat di Sekolah rendah..
15 Disember 19 tahun dulu..
Sama dengan kebanyakan kanak-kanak lain..berbasikal adalah wajib untuk ada kawan..mula menaiki basikal keluar dari kawasan rumah..Mula aktif dengan Seni silat Gayung Pusaka...
15 Disember 18 tahun yang lalu...
Selain belajar,Bola Sepak sekolah jadi keutamaan dan aktiviti silat masih di cintai dan sudah melepasi mandi tapak dan mandi minyak panas di gelanggang utama PCB
15 Disember 17 tahun dulu...
Mula mencipta nama di sekolah dengan menjual nasi lemak, Tepung Apam, Nasi belauk...dan selalu di kutuk dan dimarahi makcik kantin serta selalu datang lewat kesekolah..menjadi Penjaga Gol rebutan di waktu Pendidikan Jasmani (PJ)
15 Disember 16 tahun dulu...
kesekolah denga fesyen rambut ala komando..masih jual nasi secara 'Underground' dan aktif dalam silat dan bola sepak..kesekolah dengan basikal dan selalu menggambil hadiah masa perhimpunan dengan seluar koyak kat punggung...selalu kentut masa dalam perhimpunan sekolah..hehehhe
15 Disember 15 tahun dulu..
alam sekolah menengah tetapi jiwa masih kat sekolah rendah..kerinduan terhadap kawan-kawan sekolah rendah masih menebal..tapi belajar berpisah dengan kawan-kawan dan memilih aliran Arab dengan kelas peralihan setahun..
15 Disember 14 tahun dulu..
Beserkolah aliran Agama, kesekolah dengan basikal..kadang-kadang naik bas Tawang no 21a @ 11 dengan bayaran tambang 30sen.
15 Disember 13 tahun dulu...
Mula menjadi pengawas sekolah tetapi tidak berapa peduli tentang undang-undang sekolah..Aktiviti silat masih aktif dan mula mendapat talipinggang hijau..
15 Disember 12 tahun dulu...
Tahun PMR...dan merupakan tahun terakhir kat SMU (A) Ar-Rahmah Kenali...
15 Disember 11 tahun dulu...
Hijrah dari aliran Agama ke Aliran Teknik/Vokasional..Kesekolah Menengah Teknik kuala krai dengan Jurusan Autimotif..berada di asrama Blok D sekolah teknik..Ramai kawan-kawan mencari nama dengan kekuatan...
15 Disember 10 Tahun dulu..
Begitu meminati Automotif dan dapat membaiki kereta model proton saga..Mewakili sekolah dalan Zon Timur Kelantan/Terengganu dalam bolasepak..Posisi Penjaga Gol.
15 Disember 9 tahun dulu...
Bekerja seketika di firma Ukur Bahan sebagai budak pejabat dan penghantar plan..dan memasuki politeknik peringkat sijil..
15 Disember 8 tahun dulu..
di politeknik sibuk dengan aktiviti silat dan memanjat gunung..masuk je cuti jadi ulat bas balik kg..Cari duit lebih..heheheh
15 Disember 7 tahun dulu...
Memasuki alam pekerjaan dengan menjadi juruteknik di Renaissance Hotel Kota Bharu..
15 Disember 6tahun dulu...
ke Cyberjaya...cari pengalaman di tempat orang..belajar tentang kehidupan luar..
15 Disember 5 tahun dulu..
Sambung belajar peringkat Ijazah di melaka...
15 Disember 4 tahun dulu..
Masih belajar..memiliki lesen perniagaan dan lesen Kontraktor kelas F(AH NUR CONSTRUCTION & ENGINEERING). Meminati perniagaan dan Construction jadi pilihan...
15 Disember 3 tahun dulu..
Masih belajar..kenangan di melaka begitu banyak...mempunyai ramai kawan-kawan.
15 Disember 2 tahun dulu..
Masih belajar..Tahun akhir, Mula mengenali Cik Umi Mardhiyyah pelajar perubatan pergigian...Membuka syarikat baru(ELI TRADE) kelas C/kelas 3 dalam bidang Elektrikal...
15 Disember 1 tahun dulu..
Tamat belajar...Menjadi JURUTERA di firma KNS Consultant Sdn Bhd. pengalaman yang bagus dan dapat digunakan untuk perniagaan aku..Tidur dalam flight amalam biasa Jurutera di KNS..kerja terlalu banyak..dan pengalaman pon banyak..mengenali ramai orang dalam dunia perniagaan yang di ceburi dan menjadi sebuah platform untuk mengembangkan perniagaan..Hangat bercinta dengan Cik Umi Mardhiyyah dan merancang untuk kahwin..
15 Disember Tahun ini..
Sudahpun kahwin hampir 7 bulan dan Aku mendapat hadiah hari jadi ke 28-Projek RM166K - Membuat Kawasan Parking USM . Pukul 9 pagi meeting penyerahan tapak projek.
No comments:
Post a Comment