Sunday, October 25, 2009

20 Tahun yang lalu “CERITA AKU UNTUK KAMU”

Assalamualaikum..

Selamat hari lahir buat abang ku Ahmad Helmey Bin Mat Yusoh yang ke 29 tahun..Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki buat kamu..cepat masa berlalu  kita membesar bersama hanya beza satu tahun umur kita tapi aku begitu rapat dengan abang aku…masihkah kamu  ingat sewktu kita masih kecil dan Bila ingat kembali pada waktu itu aku dan kamu di besarkan dengan keadaan keluarga yang serba kekurangan..Ma (sabariah Mat Ali) di lahirkan dalam keluarga yang agak susah dan dibesarkan dalam keluarga berniaga..Aruah Atuk (Ayah Mat Ali) seorang peniaga ikan dan Aruah Nenek(Mak Siti Hawa) menjaja tepung apam dan juga membuka kedai kopi..Abah (Mat Yusoh Che Man) berkerja dengan Ayah Suyah (Hj Sahir) di syarikat kontraktor…



Masa itu aku tidak tahu apa-apa tentang kehidupan..aku tidak tahu apa itu tekanan hidup dan aku juga tidak mengerti apa itu susah payah untuk mendapatkan wang, yang aku tahu tahu pada masa itu MAIN..MAIN..MAIN…!!!!!

Masih ku ingat pada zaman sekolah rendah aku dan abang aku..awal pagi aku bangun dari tidur di saat budak-budak lain sebaya aku sedang nyenyak tidur..aku telah dikejutkan oleh Ma untuk bangun persiapkan diri..keadaan langit gelap menghampiri subuh..aku lihat adik aku Eney sedang mengoreng kuih dan tangan dipenuhi gandum-gandum dan ubi rebus.. ‘Cekmek’ sejenis kuih yang di perbuat dari ubi dan diletakan gula di dalamnya. Siap saja mempersiapkan diri aku mengisi kuih dalam plastic..di gantung nya kuih itu di basikal aku dan abang aku mula mengayuh basikal untuk menghantar kuih tersebut di kedai-kedai se-awal subuh..Tiap-tiap pagi rutin harian aku menghantar kuih dan tiap-tiap hari juga aku lewat ke sekolah..Masih segar dalam ingatan aku di pagi hari aku sampai kesekolah menghampiri pukul 8 pagi..dan masih jelas terbayang di dalam fikiran aku wajah guru besar sekolah aku Cikgu Razak . Cikgu Razak bertanya kepada kami “KENAPA LEWAT???” dan kami pada waktu itu malu memberitahu cikgu yang kami menghantar kuih sebelum kesekolah..lalu abangku menjawab “KAMI BANGUN LEWAT CIKGU” itulah jawapan yang selalu di berikan bila di tangkap oleh cikgu kerana datang lewat ke sekolah….dengan muka yang bengis dan mulut tak bertapis cikgu itu maki hamun “KAMU BANGUN LEWAT BERMAKNA MAK KAMU PUN BANGUN LEWAT..MAK AYAH KAMU TAK SEMBAHYANG SUBUH KE??” aku di rotan dan kata-kata cikgu itu membuat aku rasa begitu terhina..aku diam dan dalam hati aku menangis, ingin aku katakana kepada cikgu pada masa itu yang aku telah mandi peluh di awal pagi..


Hari ini aku dah ada ijazah dan abang aku ada sijil kemahiran…aku sebagai jurutera di firma perunding dan abang aku menjaga syarikat kami iaitu syarikat kontraktor yang berkongsi nama dengan aku. Alam perniagaan begitu mencabar dan abang aku menjalankan syarikat seorang diri…aku rasa tidak adil bagi aku bekerja kuat untuk orang lain. Pada bulan jun 2009 aku telah buat keputusan untuk berhenti kerja sebagai Jurutera di firma perunding dan berkongsi manjalankan perniagaan kami..

4 comments:

Khencana said...

kawe pehe kawe pehe..... rupanya nasib kita hampir sama dulu... sobsobsobsob...

Khencana said...

paling kawe malu, tingat nama kawe kena umum depan ramai2 msa perhimpunan darjah 6... kena sindir, sbb jual nasi lemak kat sekolah... huhuuhuuh

admin said...

huhu sama la kita..ingat lagi satu hari cikgu panggil g bilik guru cz kantin report ckp ada budok jual nasi kat sekolah..huhu kena bagi amaran..!!! dio kato jual kat murid2 tok leh kalu jual ko cikgu xpo..heheh dio siap oda lagi 6 bungkus untuk cikgu2...

John474 said...

Very nice site! is it yours too