Watak:-
“ErKK” (Nama Manje) seorang lelaki berasal dari pantai timur yang berwajah ganas, bengis macam Mike Tyson tetapi mempunyai hati yang penuh dengan taman bunga…
eKereta (Nama yang telah di terjemah BI ke BM) seorang wanita seberang yang mempunyai hati dan perasaan..
Alkisah…”ErKK” membawa kereta mawi nya ke seremban..dia memberitahu kawannya yang dia nak ke rumah kawannya yang besar itu..kebetulan pada masa itu kawannya yang besar itu keseorangan kerana teman serumahnya yang berkereta baru itu pulang ke kampung halaman...Kawannya yang besar itu mengajak seorang rakan yang lain untuk lepak2 di rumah nya dan dia kawannya yang besar itu memberitahu rakan bahawa “ErKK” hendak datang kerumah..
Malam hampir menjelma...”ErKK” tidak sampai2 lagi rumah kawannya yang besar itu..."mungkin “ErKK” lewat bertolak kot " kata seorang rakan kepada kawannya yang besar itu. Sedang asyik 2 sahabat itu menonton astro yang tak ada di rumah “ErKK” tu...tiba-tiba “ErKK” menjelma di depan pintu rumah kawannya yang besar itu..Tanpa bercakap sepatah pon “ErKK” masuk ke dalam rumah dan memadamkan lampu luar rumah...Kedua-dua sahabat “ErKK” hairan kenapa “ErKK” berkelakuan sedemikian rupa...Tiba-tiba “ErKK” mengajak eKereta nya masuk dalam rumah kawannya yang besar itu...kedua-dua sahabat itu terkejut yang “ErKK” talah membawa wanita dari seberang...
Siapakah “ErKK” dan “eKereta” Itu?
CUBA ANDA TEKA SIAPAKAH WATAK DALAM CERITA INI..
Cerita ini akan bersambung lagi…
No comments:
Post a Comment