Tuesday, September 21, 2010

kembali kini....

salam...

kembali kini aku dalam penulisan blog yang lama telah ku tinggalkan...Kesibukan sering menghalang aku untuk terus menulis tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian aku...banyak perkara yang telah terjadi sepanjang tahun 2010 ini dan aku tidak lama lagi bakal menjadi ayah kepada seorang bayi yang akan dilahirkan oleh isteri tercinta tidak lama lagi..

Tuesday, December 15, 2009

Sedikit Menghampiri 15 Disember

15 Disember 28 tahun dulu..

Disaat kelahiran seorang bayi, bayi itu menangis tapi orang disekeliling semuanya gembira menyambut kelahiran bayi tersebut..mempunyai seorang abang berumur setahun

15 Disember 27 tahun dulu...

Bayi itu di besarkan oleh keluarga yang sederhana bersama abang sulung dan masih tidak tahu apa-apa tentang kehidupan...

15 Disember 26 tahun dulu...

Masih kanak-kanak yang tahu menangis bila lapar,ketawa bila senang dan masih lagi tidak mampu memikirkan apa-apa tentang kehidupan..dan baru beberapa bulan mendapat adik perempuan

15 Disember 25 tahun dulu..

Mula mengenal dunia..tahu sedikit sebanyak tentang kitaran hidup..mendapat asuhan dari keluarga...

15 Disember 24 tahun dulu..

Mula belajar naik basikal..berbasikal dengan abang sulung, rapat dengan sepupu...aktiviti harian adalah main saja...

15 Disember 23 tahun dulu..

Memasuki alam persekolahan tadika bersama kawan-kawan..tetapi masih diam dan menangis bila terasa diri asing..huhuh anak kecil masih mentah..

15 Disember 22 tahun dulu...

Sekali lagi..memasuki tadika yang lain bersama kawan-kawan dalam persediaan ke sekolah rendah..Main?Bermain? adalah aktiviti harian yang wajib..

15 Disember 21 tahun dulu..

Sudah memasuki alam persekolahan di SRK Sultan Ismail 2 Kota Bharu..kesekolah dengan kereta aruah 'Ayah Sa' .

15 Disember 20 tahun dulu..

Bersekolah petang di sekolah yang sama...mula berminat tentang silat di Sekolah rendah..

15 Disember 19 tahun dulu..

Sama dengan kebanyakan kanak-kanak lain..berbasikal adalah wajib untuk ada kawan..mula menaiki basikal keluar dari kawasan rumah..Mula aktif dengan Seni silat Gayung Pusaka...

15 Disember 18 tahun yang lalu...

Selain belajar,Bola Sepak sekolah jadi keutamaan dan aktiviti silat masih di cintai dan sudah melepasi mandi tapak dan mandi minyak panas di gelanggang utama PCB

15 Disember 17 tahun dulu...

Mula mencipta nama di sekolah dengan menjual nasi lemak, Tepung Apam, Nasi belauk...dan selalu di kutuk dan dimarahi makcik kantin serta selalu datang lewat kesekolah..menjadi Penjaga Gol rebutan di waktu Pendidikan Jasmani (PJ)

15 Disember 16 tahun dulu...

kesekolah denga fesyen rambut ala komando..masih jual nasi secara 'Underground' dan aktif dalam silat dan bola sepak..kesekolah dengan basikal dan selalu menggambil hadiah masa perhimpunan dengan seluar koyak kat punggung...selalu kentut masa dalam perhimpunan sekolah..hehehhe

15 Disember 15 tahun dulu..

alam sekolah menengah tetapi jiwa masih kat sekolah rendah..kerinduan terhadap kawan-kawan sekolah rendah masih menebal..tapi belajar berpisah dengan kawan-kawan dan memilih aliran Arab dengan kelas peralihan setahun..

15 Disember 14 tahun dulu..

Beserkolah aliran Agama, kesekolah dengan basikal..kadang-kadang naik bas  Tawang no 21a @ 11 dengan bayaran tambang 30sen.

15 Disember 13 tahun dulu...

Mula menjadi pengawas sekolah tetapi tidak berapa peduli tentang undang-undang sekolah..Aktiviti silat masih aktif dan mula mendapat talipinggang hijau..

15 Disember 12 tahun dulu...

Tahun PMR...dan merupakan tahun terakhir kat SMU (A) Ar-Rahmah Kenali...

15 Disember 11 tahun dulu...

Hijrah dari aliran Agama ke Aliran Teknik/Vokasional..Kesekolah Menengah Teknik kuala krai dengan Jurusan Autimotif..berada di asrama Blok D sekolah teknik..Ramai kawan-kawan mencari nama dengan kekuatan...

15 Disember 10 Tahun dulu..

Begitu meminati Automotif dan dapat membaiki kereta model proton saga..Mewakili sekolah dalan Zon Timur Kelantan/Terengganu dalam bolasepak..Posisi Penjaga Gol.

15 Disember 9 tahun dulu...

Bekerja seketika di firma Ukur Bahan sebagai budak pejabat dan penghantar plan..dan memasuki politeknik peringkat sijil..

15 Disember 8 tahun dulu..

di politeknik sibuk dengan aktiviti silat dan memanjat gunung..masuk je cuti jadi ulat bas balik kg..Cari duit lebih..heheheh

15 Disember 7 tahun dulu...

Memasuki alam pekerjaan dengan menjadi juruteknik di Renaissance Hotel Kota Bharu..

15 Disember 6tahun dulu...

ke Cyberjaya...cari pengalaman di tempat orang..belajar tentang kehidupan luar..

15 Disember 5 tahun dulu..

Sambung belajar peringkat Ijazah di melaka...

15 Disember 4 tahun dulu..

Masih belajar..memiliki lesen perniagaan dan lesen Kontraktor kelas F(AH NUR CONSTRUCTION & ENGINEERING). Meminati perniagaan dan Construction jadi pilihan...

15 Disember 3 tahun dulu..

Masih belajar..kenangan di melaka begitu banyak...mempunyai ramai kawan-kawan.

15 Disember 2 tahun dulu..

Masih belajar..Tahun akhir, Mula mengenali Cik Umi Mardhiyyah pelajar perubatan pergigian...Membuka syarikat baru(ELI TRADE) kelas C/kelas 3 dalam bidang Elektrikal...

15 Disember 1 tahun dulu..

Tamat belajar...Menjadi JURUTERA di firma KNS Consultant Sdn Bhd. pengalaman yang bagus dan dapat digunakan untuk perniagaan aku..Tidur dalam flight amalam biasa Jurutera di KNS..kerja terlalu banyak..dan pengalaman pon banyak..mengenali ramai orang dalam dunia perniagaan yang di ceburi dan menjadi sebuah platform untuk mengembangkan perniagaan..Hangat bercinta dengan Cik Umi Mardhiyyah dan merancang untuk kahwin..

15 Disember Tahun ini..

Sudahpun kahwin hampir 7 bulan dan Aku mendapat hadiah hari jadi ke 28-Projek RM166K - Membuat Kawasan Parking USM . Pukul 9 pagi meeting penyerahan tapak projek.

Thursday, November 12, 2009

kenangan dengan Kawan2 PSP 2002

bukit merah

(Dari kiri : Wong,Zack,Aku,Shima,Zarfan,Zafir,MatLan) yang ambil gambar Din

Salam buat kawan-kawan..Hari ni genaplah seminggu aku dekat Kuartes Pegawai Hospital Sibu..hehhe seminggu aku rehat kat sini disamping isteri tersayang (blog-drdidie). Boring nak tgk astro hujan lak so main tenet je lah..mula-mula aku cek email pastu tgk facebook..heheh dalam dok belek2 page dalam facebook aku ni aku terjumpa la gambar ni dari zarfan nyer facebook..gambar masa kita orang g  jalan-jalan kat Bukit Merah Lake Town Resort.

Emm..bila da tgk gambar ni teringat balik la kat kawan-kawan lama terutamanya shima,din,zarfan..yang lain2 tu selalu gak jumpa..Emm kat sini aku ak update la sikit la ttg kwn2 kat atas tu..Si wong ni da 3 orang da anak(2+1),Zack lak baru dapat anak pertama...Aku??? dalam proses pembikinan kot..heheh Emm Shima xtau cerita,Zarfan Belum Khawin Lagi kot,si zafir pensyarah ni xkhawin lagi  n mat lan dengar2 cerita da nak dapat anak da kot..so apa-apa pon aku hrap kita dapat kumpul ramai2 satu hari nanti.

Sunday, October 25, 2009

20 Tahun yang lalu “CERITA AKU UNTUK KAMU”

Assalamualaikum..

Selamat hari lahir buat abang ku Ahmad Helmey Bin Mat Yusoh yang ke 29 tahun..Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki buat kamu..cepat masa berlalu  kita membesar bersama hanya beza satu tahun umur kita tapi aku begitu rapat dengan abang aku…masihkah kamu  ingat sewktu kita masih kecil dan Bila ingat kembali pada waktu itu aku dan kamu di besarkan dengan keadaan keluarga yang serba kekurangan..Ma (sabariah Mat Ali) di lahirkan dalam keluarga yang agak susah dan dibesarkan dalam keluarga berniaga..Aruah Atuk (Ayah Mat Ali) seorang peniaga ikan dan Aruah Nenek(Mak Siti Hawa) menjaja tepung apam dan juga membuka kedai kopi..Abah (Mat Yusoh Che Man) berkerja dengan Ayah Suyah (Hj Sahir) di syarikat kontraktor…



Masa itu aku tidak tahu apa-apa tentang kehidupan..aku tidak tahu apa itu tekanan hidup dan aku juga tidak mengerti apa itu susah payah untuk mendapatkan wang, yang aku tahu tahu pada masa itu MAIN..MAIN..MAIN…!!!!!

Masih ku ingat pada zaman sekolah rendah aku dan abang aku..awal pagi aku bangun dari tidur di saat budak-budak lain sebaya aku sedang nyenyak tidur..aku telah dikejutkan oleh Ma untuk bangun persiapkan diri..keadaan langit gelap menghampiri subuh..aku lihat adik aku Eney sedang mengoreng kuih dan tangan dipenuhi gandum-gandum dan ubi rebus.. ‘Cekmek’ sejenis kuih yang di perbuat dari ubi dan diletakan gula di dalamnya. Siap saja mempersiapkan diri aku mengisi kuih dalam plastic..di gantung nya kuih itu di basikal aku dan abang aku mula mengayuh basikal untuk menghantar kuih tersebut di kedai-kedai se-awal subuh..Tiap-tiap pagi rutin harian aku menghantar kuih dan tiap-tiap hari juga aku lewat ke sekolah..Masih segar dalam ingatan aku di pagi hari aku sampai kesekolah menghampiri pukul 8 pagi..dan masih jelas terbayang di dalam fikiran aku wajah guru besar sekolah aku Cikgu Razak . Cikgu Razak bertanya kepada kami “KENAPA LEWAT???” dan kami pada waktu itu malu memberitahu cikgu yang kami menghantar kuih sebelum kesekolah..lalu abangku menjawab “KAMI BANGUN LEWAT CIKGU” itulah jawapan yang selalu di berikan bila di tangkap oleh cikgu kerana datang lewat ke sekolah….dengan muka yang bengis dan mulut tak bertapis cikgu itu maki hamun “KAMU BANGUN LEWAT BERMAKNA MAK KAMU PUN BANGUN LEWAT..MAK AYAH KAMU TAK SEMBAHYANG SUBUH KE??” aku di rotan dan kata-kata cikgu itu membuat aku rasa begitu terhina..aku diam dan dalam hati aku menangis, ingin aku katakana kepada cikgu pada masa itu yang aku telah mandi peluh di awal pagi..


Hari ini aku dah ada ijazah dan abang aku ada sijil kemahiran…aku sebagai jurutera di firma perunding dan abang aku menjaga syarikat kami iaitu syarikat kontraktor yang berkongsi nama dengan aku. Alam perniagaan begitu mencabar dan abang aku menjalankan syarikat seorang diri…aku rasa tidak adil bagi aku bekerja kuat untuk orang lain. Pada bulan jun 2009 aku telah buat keputusan untuk berhenti kerja sebagai Jurutera di firma perunding dan berkongsi manjalankan perniagaan kami..

Thursday, October 08, 2009

AL-kISAH "ErKK",Wanita Seberang dan SEREMBAN

Watak:-


“ErKK” (Nama Manje) seorang lelaki berasal dari pantai timur yang berwajah ganas, bengis macam Mike Tyson tetapi mempunyai hati yang penuh dengan taman bunga…


eKereta (Nama yang telah di terjemah BI ke  BM) seorang wanita seberang yang mempunyai hati dan perasaan..


Alkisah…”ErKK” membawa kereta mawi nya ke seremban..dia memberitahu kawannya  yang dia nak ke rumah kawannya yang besar itu..kebetulan pada masa itu kawannya yang besar itu keseorangan kerana teman serumahnya yang berkereta baru itu pulang ke kampung halaman...Kawannya yang besar itu mengajak seorang rakan yang lain untuk lepak2 di rumah nya dan dia kawannya yang besar itu memberitahu rakan bahawa “ErKK” hendak datang kerumah..


Malam hampir menjelma...”ErKK” tidak sampai2 lagi rumah kawannya yang besar itu..."mungkin “ErKK” lewat bertolak kot " kata seorang rakan kepada kawannya yang besar itu. Sedang asyik 2 sahabat itu menonton astro yang tak ada di rumah “ErKK” tu...tiba-tiba “ErKK” menjelma di depan pintu rumah kawannya yang besar itu..Tanpa bercakap sepatah pon “ErKK” masuk ke dalam rumah dan memadamkan lampu luar rumah...Kedua-dua sahabat “ErKK” hairan kenapa “ErKK” berkelakuan sedemikian rupa...Tiba-tiba “ErKK” mengajak eKereta nya masuk dalam rumah kawannya yang besar itu...kedua-dua sahabat itu terkejut yang “ErKK” talah membawa wanita dari seberang...


Siapakah “ErKK” dan “eKereta” Itu?


CUBA ANDA TEKA SIAPAKAH WATAK DALAM CERITA INI..


Cerita ini akan bersambung lagi…

Sunday, September 13, 2009

AKU NAK BELI LORI...

lori





SALAM AKHIR RAMADAN  UNTUK SEMUA..

Pasti lepas ini salam syawal akan menjelma...dalam duk sibuk2 nak sambut raya n semua orang beratur kat supermarket aku duk kalut pikir nak cari lori..heheh buat masa sekarang ni kenderaan idaman aku ialah lori satu tan...maklum la sejak aku berhenti kerja ni rezeki ALLAH datang mencurah-curah..bulan puasa ni malam kitaorang kerja..ada 3 site perlu di lawati site yang pertama USM buat klinik pergigian..kat situ kerja-kerja civil dan siap 95% da tinggal kerja-kerja M&E je lagi dalam 40% nak siap..manakala site yang kedua lak projek dari JKR Elektrik pendawaian semula sekolah keb zainab 2..kat sana ada 4 orang pekerja..MAT JU, USTAZ,MAMAT & NUAR orang kuat wiring aku tu...heheh n site yang ketiga ialah Istana Balai Besar..kat sana projek pasang Tile..kerja-kerja pasang tile ni aku ngat siap kot pagi ni cz 14hb dorang nak guna...kat sana ada orang lama site supervisor POK HOK...tiap kali aku g tgk site mesti kena pow nyer wat beli air atau nasi..huhu tak pe lah untuk pekerja jgk...


bayangkan kalau aku beli lori kan bagus..boleh wat kerja..ni duk isi barang ngan pajero aku je..huhuh xboleh tahan beb..Insyallah kalau jumpe n kena ngan harganya aku angkat lori satu..=))

Friday, September 11, 2009

SI A dan apek tayar

“SI A”  seorang yang kaya (Kaya asal) dan ada sedikit ilmu tapi “SI A” ini kedekut ilmu, baginya kekayaan ini datang dari ilmunya bukan dari Allah. Satu hari “SI A” mahu pergi bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan. Tiba-tiba “SI A” nampak tayar kereta mewah peninggalan bapak kesayangan “SI A” yang berpelekat di nombor plat depan dan belakang tu botak.. “SI A” rasa perlu menukarkannya dengan tayar baru. Demi keselamatan “SI A” ,keluarga dan kawan-kawan “SI A” itu, ”SI A” pun pergi la ke kedai tayar untuk ganti tayar kereta mewah “SI A” itu.Sampai-sampai aje di kedai tu “SI A” pun pilih la tayar yang “SI A” nak tukar kan itu.Selesai saja bincang pasal harga tiba-tiba tokey kedai tu ckp..


”SI A..lu tunggu kat luar la dulu gua nak tukar tayar kereta mewah lu  ni…gua mau tutup pintu la nanti lu tgk gua tukar tayar ni lu olang tiru skill gua..susah la nanti gua tak boleh cari makan maa…tak pon lu balik la dulu nanti siap gua panggil orang angkat lu ambil kereta…”


Soalannya..??


Agak-agaknya apakah perasaan “SI A” itu ?


Moral:-


Wahai “SI A” tahukah kamu rezeki itu datang dari yang maha kuasa dan kita kena pecaya rezeki ALLAH ada di mana-mana kerana ALLAH tidak pernah menipu hambanya.


Dan


Wahai “SI APEK Tayar” Kita tak perlu takut pada bayang-bayang sendiri.


Adakah “SI A” ni sama dengan “SI APEK Tayar”? kalau sama dari segi apa? Pemikiran atau pegangan??? Heheh bak kata nabil Raja Lawak..Lupikir lah sendiri!!!



Ni Dari email kawan aku Wong Rasta wongrasta@yahoo.com aku rasa boleh di renung..



“Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.”


“Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu”.....Fikir-fikir lah.

Thursday, September 10, 2009

PROJEK BARU

HEHHE...hari ni aku mcm hepi ckt..ada 2 perkara aku hepi..

Yang PERTAMANYA aku dapat projek baru kat USM pasang Exhaust Fan dorg kal semalam (09/09/09) masa dalam perjalanan balik dari penang n kos projek ni dalam 15K je..heheh xpe la projek kecik je tapi boleh la buat backup2 orang kata...

dan

Yang KEDUA nya aku hepi sebab dapat projek dengan JKR ELEKTRIK (baru je call kejap td) iaitu projek pendawaian semula Sek.Men Pengkalan Chepa n tukar MSB...setakat ni aku da dapat 2 projek JKR ELEKTRIK la..yg 1st tgh dalam progress sek rendah zainab 2..huhuh duit laju je kuar tapi xpe insyallah masuk pon laju..hehheh - amin:)

Wednesday, September 09, 2009

KB-PENANG-KULIM-KB

salam..


penat sungguh 2-3 hari ni..aku baru je sampai dari penang...aku sungguh2 g penang nk followup claim projek aku kat USM je..Projek ni USM penang nyer budjet..nak tak nak kena g penang r nk push bayaran..maklum la da nak raya ni semua orang tekan aku mintak payment...banyak cerita aku kat sana..asalnya nk g sehari je tapi terpaksa gak aku duk 2 hari kat sana..nk adjust mcm2 la..huhuh so apa2 pon aku nk ucapkan TQ kat Fan (CLIENT PHOTOAURA) kerana sanggup tolong aku masa kat penang tu...TQ:)

Tuesday, September 08, 2009

SAHABAT

Saidina Ali berkata tentang sahabat:


“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang “

Monday, September 07, 2009

SALAM KEPADA KAWAN

Assalamualaikum salam ramadhan dan salam Nuzul Al-Quran..


da lama tak update blog aku ni..sibuk memanjang sampaikan nak g lepak rumah kawan-kawan2 pon da tak sempat... sejak berhenti dari jadi kuli orang ni aku banyak masa dengan company aku dan Alhamdullilah rezeki mencurah2 ..


"SALAM KEPADA KAWAN"  heheh ntah ape2 tajuk post aku kali ni..tapi aku tak kisah tentang tajuk..manusia ada bermacam2 ragam...aku pernah jumpa dalam dunia ni manusia yang begitu pelik dan pelik teramat sangat bila tidak suka kawan2 rapat berikan salam...mungkin pemikiranya begitu laju selaju teknologi yang digunakan..baginya kawan2 rapat memberi salam adalah sesuatu yang pelik dan berasa ada jurang persahabatan kalau diberi salam..."Malas la nak jawab salam kalau kawan-kawan rapat ni.." wahai si pemikir laju tahukah anda memberi salam itu sunat dan menjawab salam itu WAJIB...???



“Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh”

ERTINYA “semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah Allah dilimpahkan kepada kalian”.

dan jawabnya berbunyi begini...”Wa ‘alaihissalaam warahmatullaahi wabarakaatuh”..heheh kalau tak ingat salin la beb letak dalam h/p yang mahal tu..bila orang bagi salam boleh la jawab..heheh

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (an-Nahl :125)

p/s: bukan nak mengata cuma nak menegur :)

Friday, August 07, 2009

kerja untuk wang!!!!

Image(024)


pemikiran orang zaman sekarang tentang mencari rezeki...dan aku sendiri pernah di tanya dan aku pernah cuba mempertahankan pendapat aku tentang kerja..dan aku paling benci bila orang bertanya dan cuba duduk di bawah tapak kaki orang kaya..kebanyakan kita tidak tahu bahawa kita sekarang telah hanyut dalam mencari wang dan kita lupa tentang hak kita. Dalam buku yang di tulis oleh Robet T.Kiyosaki Bertajuk "BAPA KAYA BAPA MISKIN" @ "RICH DAD POOR DAD" dia berkata "manusia terperangkap dalam perlumbaan kehidupan" aku begitu setuju dengan kenyataan ini..mungkin ramai antara kita yang tidak begitu paham tentang kenyataan diatas tapi aku cukup memahaminya.


aku pernah ditanya oleh seseorang pakcik yang telalu taksub dengan kerja makan gaji..disini aku tidak mengatakan pekerjaan makan gaji itu tidak bagus..tapi kalau kita bercucuk tanam di tanah sendiri hasilnya kita tidak perlu kongsi dengan tuan tanah dan sebaliknya...disini perbualan aku dengan pakcik pegawai kerajaan yang taksub..huhuh


pakcik : adik kerja kat mana?


aku: saya kerja sendiri...


pakcik: kerja sendiri?adik ada Ijazah kenapa nak kerja sendiri?menjamin masa depan ke?


aku: Dulu saya kerja ngan orang jgk tapi da berhenti..Kerja sendiri lagi bagus pakcik...


pakcik: Ish...Terjamin ke?kalau pakcik pakcik tak nak anak pakcik kerja tak terjamin...banyak benda nak bayar..kalau kerja sendiri dapat gaji ke?mesti gaji tak menentu...


aku: aku senyum saje ....


Emm bagi aku...ramai siswazah zaman sekarang sanggup buruk otak kerana kerja orang lain..persoalanya? kenapa siwazah universiti sanggup menjadi kuli daripada menjadi bos??? kenapa target nak jadi pekerja daripada menjadi majikan? rata-rata aku tanya mereka menjawab "Ahh biar la dulu kerja ngan orang cari pengalaman" tu la korang..masa pratikal dulu tak nak pulak cari pengalaman..taknak kerja betul2..g tempat pratikal duk chat je..hahaha..


Bersambung...


Sunday, July 19, 2009

Mimpi Sedih..

DSC00246"Di malam sepi aku bermimpi, mimpi yang sedih sekali... kau akan pergi tinggalkan diriku aku menangis tersedu... diriku tak pernah lepas dari penderitaan..." Sudah cukup membuatkan jiwa aku tersentuh dengan lagu yang di nyanyikan oleh 3  sahabat di pasar satok kuching sarawak ketika aku sedang biarkan isteri,mak n adik ipar ku pusing2 pasar satok...persoalanya...3 orang sahabat ini mampu mencari rezeki dalam keadaan kegelapan sedangkan ramai di sekeliling kita yg sempurna tidak mampu untuk mencari rezeki dalam keadaan terang dan takut dengan kekecewaan...pelik???

Sunday, June 21, 2009

Tuesday, June 02, 2009

Kembali dari bilik ini

kembali kali ini dengan gambar Dr didiechan yang di snap oleh aku dengan menggunakan EOS 50D masa mula2 beli DSLR ni..heheh

Emm..da agak lama aku tak menulis dalam blog aku ni.. aku baru je transfer blog aku dari www.ahmadhazley.blogspot.com aku ke www.udarastudio.com/blog(dari bilik ini)

Umi

Friday, January 16, 2009

Kuching 2009

16 Januari 2009
8am-Kuala Lumpur-Seawal pagi aku bangun, degan cuaca yang baik dan keadaan Trafik yang sibuk di Kuala Lumpur..dengan perut kosong aku menulis blog ni...heheheh kejap lagi dalam kul 9am Mat akan hantar aku g stesen LRT untuk ke KL senteral..Perjalanan aku pada Hari ni bermula dari RUMAH MAMAT-STAR LRT - KL SENTRAL - LCCT - KUCHING.11.45 Am-LCCT
Aku sampai di Lcct lebih kurang kul 11++am..hampir satu jam aku atas skybus td..huhuh da la xboleh nak tido atas bus td cz cina ngan mat salleh tu duk sembang..hahha sampai je aku kat LCCT tempat pertama yang aku tuju ialah Jamban...wakakka pas tu baru g Cin Flight..ramai gak orang kat LCCT ari ni...
Aku Cin dekat kiosk je lebih cepat cz aku xada beg untuk cin...so aku pilih kiosk untuk cin..hehhe xpayah beratur n xperlu tgu kaunter buka baru boleh cin..kalau kat nk cin kat kiosk kita boleh cin 6 jam lebih awl..so lepas cin aku bebas r nk g mana2 sebelum flight aku tiba...emm berbalik pasal cin kat kiosk tu td..kat sebelah aku ada la mat salleh warga Australia nak cin jgk..dia nk cin g s'pore...aku tgk dia cin 2-3 kali X dapat so aku tawarkan diri la nk tolong...hehhehe Koya hero la konon..bila aku cuba cin untuk dia tiba2 xdapat gak..huhuhu pas tu aku terbaca kat atas tu dia tulis.."Cin for Domestic only-For International will coming soon" Haha aku pon gelak kecil dalam hati aku..."Okk aloh KOYA BISO AKU NI...NK TOLONG MAT SALLEH PADAHAL KITO DARAK"Hahahha pah tu aku pon suruh dio nga bini dio g cin d kaunter...aku pon ambik port kat MCd ni (walaupon Org Boikot) buka laptop taip Blog ni...
**Moral-Kalu dok pandai sangat jange dok wat Koya Best kato Oge ganu...hahha Chario babai..
73 Clear....(Ayat puak2 Amatur) 9w2ily-My Callsign

KB-KL aku & ExRmate



Salam....
Huh!!! ngantuk aku dalam flight td..huhuh ni aku lepak umah Mat ExRmate aku dulu masa Study kat Melaka..Umah dia dekat area Pandan Indah...aku transit je kat sini...Esok g kuching..heheh g bercuti..Emmm...Aku sampai di LCCT td lebih kurang kul 12am...Ngat nk jumpe member2 Mr.Bob & Mr.Jelan nk bncang pasal Program raya cina nt...P aku lwt lak sampai so xjadi r jumpe..Emm aku naik bus ke KL Sentral dari LCCt...huhuh sekali lagi aku Tertido dalam Bus..ntah cm ner r asyik tdo je aku..huhuh sampai je kat KL sentral Mat ambik aku..ngat sampai umah mat ni nk tdo terus p ada wi-fi lak umah dia..so aku ambik la kesempatan tulis blog ni..(Gambar: Azam,Aku & Mat @ Muar)

Thursday, January 01, 2009

Tahun Baru

Selamat Tahun Baru..
Emm, 2009..banyak perubahan hok nak kena buat tahun ni..hehe xtahu la sempat ke dok..tp yang paling penting tahun ni aku nak ada famly sndiri..heheh insyallah semuanya berjalan dengan lancar. Emm apa2 pon harap apa hak nak buat tahun ni tercapai...apa2 pon Selamat Tahun Baru 2009

Friday, July 04, 2008

pantun sayang

Ikan belanak hilir berenang
Burung dara membuat sarang
Makan tak enak tidur tak tenang
Hanya teringat dinda seorang.

Saturday, April 05, 2008

KNSTOMEDAN(Trip To Medan 2008)


27Mar 2008(Khamis) aku bersama warga KNS serta warga Pasti Unggul ke Medan indonesia..hehe ini adalah negara kedua yang bakal aku lawati dalam hidup aku Selepas Thailand...heheh



Seawal Pukul 8.30pm(Khamis), semua bapak2 dan ibu2 serta cewek2 berkumpul di pejabat KNS untuk menaiki bas Mutiara yang disewa khas untuk membawa kitaorg ke lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur(KLIA)..perjalanan ke kuala lumpur mengambil masa lebih kurang 7 jam dari kota bharu...Ktorang gerak dalam group seramai lebih kurang 40 orang..



5.30am , tiba di Kuala lumpur..perjalanan sungguh meletihkan, aku tidor sepanjang perjalanan...ktorang berhenti sembahyang subuh dekat masjid berdekatan dengan KLIA...


selepas selesai solat subuh aku bersama W.Suhairi dan boss aku (We) ke airport dengan PDU (4WD We) untuk Cin Flight...


28 March 2008, 8.20am (Jumaat) Menaiki pesawat MAS ke medan...buat pertama kalinya dengan tak mandi aku naik flight..heheh nasib baik kat atas flight peramugari bagi ktorang tisu basah untuk lap/sapu muka..aku mintak ngan cik pramugari tu 2 helai coz aku cakap kat dia aku nak mandi..heheh kira mandi P.Ramlee la aku ari tu...tp ape2 pon control macho la beb..hehhe


Friday, December 28, 2007

Dia, Chenta &Kaseh...!!



Dia, Chenta & Kaseh...



kisah 2 cerita yang berbeza antara 3 watak..


DIA seorang perempuan,dia juga b`keinginan untuk dapatkan sesuatu yg boleh dikaitkan dengan kemewahan dan DIA juga mampu membuat keputusan yg mungkin bisa mengubah segalanya antara KASEH dan chenta..


CHENTA mampu membuat dia gembira dan Chenta juga mampu memenuhi kehendak dia..Chinta juga mempunyai kuasa besar untuk membuatkan KASEH kecewa.


KASEH berusaha untuk dapatkan dia, kaseh mampu menunggu jawapan dari si dia dan KASEH juga tidak mahu memaksa si DIA kerana KASEH ikhlas dengan DIA.



antara CHENTA dan KASEH ini wujudlah konflik dalam fikiran DIA..DIA tidak mampu membuat keputusan kerana DIA ada CHENTA dan KASEH..dalam hati DIA ada CHENTA yang nun jauh tetapi tidak memberikan kata noktah bahawa wujudnya CHENTA dalam hati DIA. Dalam masa yg sama DIA ada KASEH didepan mata..DIA cuba dapatkan CHENTA yang jauh tetapi kalau CHENTA tidak kesampaian DIA dengan hati yang terbuka mendapatkan KASEH yang sedia dan setia menunggu DIA....


Adakan Patut si DIA buat begitu?

Adakan CHENTA di ukur dengan kemewahan?

Adakah KASEH di uji dengan kesetiaan?

semuanya ada pada DIA...Tepuk dada tanya hati.!!

Friday, December 07, 2007

eLEYTRADe

ELITRADE ni 2nd company aku setup...salah satu sebab aku resign keje kat penang semata2 nak teruskan perancangan aku yg dah aku plan sejak 2005 lagi...dan untuk aku berjaya dalam sesuatu bidang yang aku ceburi, aku terpaksa berpegang pada prinsip "Untuk dapatkan sesuatu kita mesti korbankan sesuatu". Setelah bisness 1st aku setup dulu da mula nampak sinar kemajuanya..aku begitu bersemangat untuk buat bisness..company ni aku setup atas nama aku sorang..kali ni aku nak berdikari n run bisness ni sorang2..aku cuba sedaya upaya aku memajukan company aku ni dari bawah..

Thursday, November 15, 2007

Penat...letih...


Penat...
Hari ini 1st day aku kerja kat penang...semua rasa ada td malu,segan,xtau nak buat ape.. masuk je office aku di beri satu meja,Komputer (ada internet) n aku jgk di uji dengan drwing aircond plant kilang intel..huhu keje aku ari ni depan pc ukur drwing n masukan data dalam excel..penat,sakit pinggang,ngantuk semua ada, maklum r da lama x kerja dalam aircond...office 2 senyap je masing2 sibuk wat keje..bos ok je tp kadang2 aku tgk bos tu macam ada tekanan yg d sorok je...mybe muka dia mcm tu kot maklum r aku pon baru 2 kali jumpe bos tu..hehe yg lawak nya aku interview keje 2 kat food court KLCC..p nasib baik bos sempoi jgk n sanggup ajar aku dari A-Z tentang mcm mana nak wat BQ tu..kat sana nak lunch susah r..biasa la penang..kedai cina p org melayu jual nasi, so tpaksa r beli nasi n num kat kedai tu..aku td g makan xbwk keter..aku naik motor ngan member office aku harun...dorg semua ok ngan aku n sanggup ajar aku ape yg xfaham..biasa kat Universiti belajar teori je..masuk alam kerja ni kena wat betul2 la..teori 2 xpakai sangat..aku keje kul 9am-6pm 5 hari je seminggu..leh r aku rehat 2 hari cuti nanti..yang nak jadi cerita td balik je kije jalan jem..mcm KL da...huhuh kalau pakai motor best r leh cilok..huhuhu dkt kul 7 gak sampai umah..nak masuk umah xleh lak pintu kunci lak..member aku si pokleh lupa lak letak kunci dalam kasut seperti yg d janjikn..tpaksa r aku g cari kilang dia nk g ambik kunci..ntah jalan mana aku masuk nasib baik jumpe 2 pon da dekat kul 9pm da..perut lapar..tampa pikir panjang aku balik n singgah dekat PAK HUSIN TOMYAM depan rumah ni makan nasi goreng USA n bali suam..huhuh

Friday, November 09, 2007

ku telah jatuh cinta...



ku jatuh cinta...
cinta,Cinta...cinta sesuatu yang harus ada pada setiap diri sesorang, cinta datang dan pergi dengan begitu mudah,cinta membuatkan seseorang itu lebih yakin untuk mendekati cinta..cinta juga membuatkan seseorang kecewa dengan cinta... kerana cinta wujudlah pengorbanan dan memberikan sesuatu yang berharga yang tiada nilainya...besar kuasa cinta kepada setiap umat manusia..cinta menguasai semuanya dan tidak ada sesiapa pun dalam dunia ini bencikan cinta kerana cinta itu adalah senjata manusia supaya terus berperang untuk mengatasi segalanya.. cinta adalah universal kerana cinta membuatkan kita berfikir, mengajar untuk berdikari dan langsung membuatkan cinta itu berkuasa..Cinta,cinta,cinta wujud untuk berkuasa... cinta,cinta,cinta yang banyak rahsia... cinta,cinta,cinta..baik untuk semua..cinta kepada yang maha esa itu cinta setia..-ZleyMY

Friday, April 27, 2007

Tentang Waktu



Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Tuesday, March 20, 2007

Sedia SudahPunSedia..


@ku dah sedia.....
sedia aku dalam usia yg semakin tua untuk mencari sesuatu kehidupan yg di redha dan sedia untuk kehidupan yg pasti akan ceria. Aku cuba mencari sebuah ketenangan tapi yang pasti banyak halangan..dalam usia semakin jauh ke depan, saat ini baru aku mula memikirkan masa depan yg x tahu kepastian. susah nak tafsir erti sebuah kehidupan..yg pasti aku sudah sedia dengan cabaran yg akan wujud dalam sesebuah kehidupan...(P/S : Korang Paham ke????-Yg paham je paham p kalau xpaham diam sudah..)

Thursday, February 22, 2007

Keindahan Ciptaan Tuhan-CUT

nak tgk gambar best??? klik...www.centipede.photosite.com

Satu..
Apa yang ada pada satu..satu banyak makna pada aku..satu memberikan aku seribu makna..satu banyak mengajar aku tentang kehidupan…satu perbuatan mesti bermula dengan satu pemikiran yang waras…satu tindakan bermula pada satu titik..satu pengenalan bermula dari mana-mana…kita tidak saling mengenali antara satu sama lain tapi kita boleh mengenali dengan bermulanya satu titik pengenalan..satu perjalan belum selesai jika kita tidak pecaya pada satu benda yg amat besar dalam hidup…satu benda pasti,mesti dan harus kita tahu..satu perjalanan hidup bermula dari nya..iaitu yang maha esa-Allah.

Wednesday, February 21, 2007

BMCD CUP




BMCS TEAM
Berdiri dari kiri:
Dzarif,Hairul.gard,peakok,kema,zaki,Zane,Alang
Duduk dari Kiri:
Donald,Bob,Mie,Fird,Pokleh,Azam(GK),Hazley

BMCS TEAM









Thursday, February 08, 2007

AkU LaHiR TaHuN 80 An….anak 80an

Message: Untuk bacaan pada masa lapang... enjoy... sure, korang teringat balik zaman2 skolah dulu...(copy dari Friendster)

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,> Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody> Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to> forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.>> berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...> hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan.> mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua> kat seblah...>> Buku dalam beg punyelah banyak dan memberatkan.> Malas tengok jadual..last2 kita bawak buku yang same> Dari hari senin sapailah hari jumaat.>> Perhimpunan pagi2 kita suke duk paling belakang bagi> Budak2 yang nakal lah sbb leh borak2> heheheee..>> Mase perhimpunan lak,mesti ade “Kelas yang terbersih pada> Minggu lepas adalah…….” Dan “Kelas terkotor pada minggu> Lepas adalah.....”..huh!!sepanjang minggu kita menjaga> Kebersihan kelas..bagi yang rajinlah kan???>> ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list> dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite> kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang> berlubang, kene laa tampal.>> ni sure korang igt... program minum susu di> skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu.> sekotak 30 sen jek beb...>> cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris> panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan?>> semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat> kantin.>> Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang> popular utk meluangkan masa dgn family. ni for> those yg dok KL laa>> time skolah menengah, korang sure beli kasut> skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang> suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada> yang suka stoking tebal laaa...>> mase petang2 suke jalan2 naik basikal..x pon modify> beskal..sepit udanglah..spoket matilah..paling best> kalu ade basikal GT…huh!!!anak orang kaya beb!!!>> internet? email? mendalah ape tu?>> CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang> pun 5 inggit je.>> kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,> Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang> ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni,> 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.>> tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main> Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.>> tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.> boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...>> lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan> keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt> Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.>> lagi satu yang seronok mase time Pendidikan> Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...>> permainan kegemaran, main guli, batu seremban,> penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola> one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...>> kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang> tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan,> kene patahkan kat tengah2 die!>> lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni> pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.>> hmm... jom kite check, kite ni dah tua ke:>> 1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,> dan korg sure tersenyum>> 2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah> kawin paling koman pun dah kapel..pastu menyesal…> napelah aku xtekel je dulu…>> 3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main> komputer, selamba je>> 4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah> menengah guna handphone>> 5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui> telefon lagi setiap hari...>> 6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa,> seronok bile bersembang pasal cerite2 lame,> cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time> kecik2, nakal2 dulu...

Sunday, February 04, 2007

B`kayak@Tasik Ayer Keroh











BMCS@PD 26-27 JAN 2007

kenangan kat PD..26-27hb dak2 bmcs..TQ pada semua gang2 yg support bmcs...


hah!!! ni ape cerita...???
ehem2...ambik baju pon posing habis ke...!!!!

Smart sial...!!!!

BMCS t-Shirt



MAKAN2 Lapo wei....

Monday, January 15, 2007

Emm..cuba korang tengok sijil 2…


kenapa aku balik kg???? salah satu sebab nya sijil ni..Hahha mesti pelik kan..ramai yang pelik n tanya aku kenapa budak mekanilal macam aku boleh dapat PENGAKUAN KEKOMPETENAN SEBAGAI PENDAWAI ( WIREMAN PW4-3 FASA) berdaftar dengan suruhanjaya tenaga lak 2…haha panjang citer dia…2 x penting korang tau kenapa aku boleh dapat..wakakak tp kan bagi aku dalam hidup ni kalau kita nak sangat sesuatu n kita usaha betul2 nak dapatkan benda 2…x mustahil kita boleh dapat..pecayalah..=)

Tuesday, November 21, 2006

A.H NUR Construction & Engineering

"A.H NUR CONSTRUCTION & ENGINEERING ni 1st company yg aku setup pada 10 November 2002, masa 2 aku aku keje kat Renaissance Kota Bharu hotel sbagai Techinician. Setelah sekian lama aku kerja bawah org dan aku banyak belajar tentang kehidupan dan aku mula pk ttg masa depan mula nk berfikir secara matang sampai bila aku mau jadi kuli org..kerja bawah arahan orang..heheh aku bukan nk belagak jadi bos tapi aku nak maju macam bangsa lain..aku nak ubah segalanya...kenapa org boleh buat aku xboleh?? so aku pun cuba belajar tentang construction ni..aku kerja shift kat renaissance 2... malam aku kerja 11pm-7am balik je kerja g kelas kul 8am-5pm kelas aku kat pusat khidmat kontraktor..aku ambik kursus jangka pendek..tuhan saja tahu masa 2 betapa penat nye aku study n kerja...setelah selesai semua ape yg perlu aku pun mula setup company..satu persatu masalah timbul..mcm2 citer aku dengar tentang construction ni..modal xada susah nak dapat projek..tak terjamin..argh..macam2 lagi la...tp aku x kisah janji aku dapat buat...ni pasal nak bukak akaun semasa lak..huuhh susah betul nak cari org boleh "introduce" untuk buka akaun maybank ni...maklum la sape yg nak "introduce" org baru macam aku ni...Alhamdulillah dengan bantuan kawan pakcik aku aku dapatlah buka akaun semasa dengan bermodalkan RM2000 pinjam dari pakcik aku..huhu sedih...setelah semuanya selesai alhamdulillah company aku ni Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas ‘F’(TGK SIJIL KAT ATAS) , Tenaga Nasional Berhad (TNB), Keratapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Kementerian Kewangan Malaysia dan juga dengan Lembaga Pembangunan Pembinaan Industri Malaysia (CIDB) di bawah gred ‘G1’"......insyAllah aku akan setup satu lagi company bila aku da dapat sijil kompeterm elektrik dari suruhanjaya tenaga...aku xjemu untuk belajar demi kemajuan..dan company yg sedia ada ni biarlah berjalan n aku akan jadikan company fmly...aku akan buktikan bahawa penjaja kuih, tukang cuci pinggang, pencuci mainhole, tukang potong rumput cm aku ni boleh berjaya....bersambung...=)

Friday, November 03, 2006

SevenCollar T-Shirt - Faith


Take a walk I'll hold your hands for now,
It's happening, makes it hard to lose another night,
I'll pretend that I'm a man for now,
It's difficult, to soothe a wounded heart,
I'll drink water because my blood has dried,
It's different than anything you've seen or heard before,
Take a picture, hold that smile forever,
I'll drink it everyday till it becomes another skin...

Before you go, give me all of your love,
Before you go I'll give you all of mine,
If it makes it easier to breathe,
Wish it could be easier,
I can't breathe...

Fading away...
Faith is a friend...
You make it or break it

SATU LAGI KISAH CINTA....

Satu Hari CINTA & KAWAN Berjalan Dalam Kampung... Tiba-Tiba CINTA Terjatuh Dalam Telaga... Kenapa?? Kerana CINTA Itu Buta.. Lalu KAWAN Pun Ikut Terjun Dalam Telaga... Kenapa?? Kerana...KAWAN Akan Buat Apa Sahaja Demi CINTA!! Di Dalam Telaga CINTA Hilang... Kenapa?? Kerana...CINTA Itu Halus, Mudah Hilang Kalau Tak Dijaga, Sukar Dicari Apatah Lagi Dalam Telaga Yang Gelap... Sedangkan KAWAN Masih Lagi Tercari-Cari Dimana CINTA & Terus Menunggu.. Kenapa?? Kerana...KAWAN Itu Sejati & Akan Kekal Sebagai KAWAN Yang Setia...Kan?? So, Hargai Lah KAWAN Kita Selagi Kita Terasa Dia Beerti... arigato gozaimasu-TQ :-D

Friday, October 27, 2006

ReUnion "GoGoChak!!!" @ Raya Ke5


Huh..selesai sudah semua kerja,smua sibuk dok raya...p aku ni sibuk ngan dak2 ni jamming...hah!! Raya ke 5 ari 2 aku ngan dak2 GoGoChak!! buat reunion..hehhehe maklum la masing2 nak lepas gian...ye la semua dah berumah tangga...semua dah merasa kenikmatan umah tangga...dah merasa keseronokan bersama iseri & .....(ouh..pe aku ckp ni...)keseronokan bersama keluarga la maksud aku...korang ni pk bukan2 lak..wakakkakak
Membuka acara dengan wajah gelisah disetiap perwatakan dak2 ni termasuk lah aku..maklum la lama tak main.. aku las jamming tahun 2002 ngan dak2 ni...kalau jamming pon mesti dok cukup ahli..dah masing2 dok jauh...time raya la nak jamming pon..pas 2 mula jamming xtau nak main lagu ape...wakakakka tp pe2 pon aku bagus gal la dorg ni...ada gak masa tuk aku yang masih solo molo ni..huhuhuh bila la aku nak berkeluarga macam dorg...tp best gak hidup cm gini..aku bebas n tidak di kongkong...hehheheh =))

Friday, October 20, 2006

Kisah Benar - Aku Tetap Cinta Padamu, Farhana

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah.Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami. Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. "Farhana, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya.Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya.Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku.Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama. Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta;"Ibu, Syah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas ibuku lembut. "Syah rasa......... Syah nak kawin la bu.......", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu.Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Syah tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah,aku mesti mencuba."Syah nak kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku. "Tapi ibu! Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak kawin dengan dia?". Aku cuba memujuk. "Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!". " Tapi ibu.......". "Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.........", suara ibu semakin perlahan. "Dari kecik ibu bela kau Syah, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak. Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing Syah......... kau sedar tak yang kita ni kambing?...... mana boleh kambing kawin dengan ayam?". Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Aku pasrah. Farhana......... aku tetap sayang padamu, walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam. SEKIAN.

Thursday, October 19, 2006

Aku termenung lagi...PSM



Aku termenung lagi...sambil tulis blog yg dah lama aku tinggalkan ni...huhuu walaupun aku tahu yg termenung 2 bukan hobi aku....kali ni aku termenung sambil layan lagu lagi...aku suka layan lagu2 yg sedap di telinga aku...now aku ngah layan lagu faith dari sevencollar T-shirt...huhuu best wei...layan r..
Haaa...kali ni citer pasal PSM aku lagi...emm ada berita baik n ada berita buruk...yang baiknya aku dapat dapat kelulusan daripada prof. tuk postpone report PSM aku tu...so aku hantar lepas raya la..p yang tak baik lak pasal Technician FKP 2...mcm bagus sangat la dorg 2...kenape perlu anak tirikan dak2 FKM ni??? waaaa aku nak guna laser cutting machine la...dah la aku postpone report 2 dengan alasan aku nak buat "tensile test" n nak kena potong specimen dengan mesin 2...kejam sungguh...xadil la aku rasa...sial tul la...
tapi kalau nak d`bandingkan dengan org lain ,kira ktorg(dak2 bawah prof. dr Radzai) ni bertuah gak la cz xde la tekanan sangat...heheh hah!ni aku nak kongsi ngan korang ni pasal member aku anak buah Pn Raienah(ntah betul ke tak nama dia) emm si usop n azam..azam tertekan n usop tension dengan Pn Raienah dia 2..usop sampai tak balik kg cz nak siapkan report PSM dia 2...hahhaha sedap je aku gelak kat usop 2..tp kadang2 kecian gak ngan dia 2..dah la dia buat banyak tp raienah suruh buat balik...harubiru kawan aku 2...hah pasal azam lak xsudah2 ngan mathlab yg Pn Raienah rosakan command dia 2...berpeluh si azam ni...cari nyer cari p xjgk dapat2...dah la 2-3 hari dak azam ni tdo kat dalam bilik aku je...nak bertapa ngan roomate aku si mamat pasal mathlab ni...p xselesai gak...adushh!! kecianya dia
apa-ape pon tuk azam n usop..harap bersabar...wei aku nak buat keje dulu la...nanti aku sambung la...xselesai keje aku kalau asyik duk tulis blog je....ape2 pon aku nak ucapkan selamat hari raya...arigato gozaimasu;)

Friday, September 29, 2006

Lelaki…dari mata gadis...

Seorang gadis duduk termenung. Sudah ramai lelaki yang dikenali, tapi susah betul untuk di fahami perangai kaum adam ini.

Apabila di layan dgn baik, lelaki kata si gadis jatuh cinta padanya. Syok sendiri. Tapi kalau x dilayan atau di layan ala kadar, lelaki tuduh si gadis sombong, bongkak dan hidung tinggi. Apabila dia bergaya anggun, lelaki tuduh si gadis cuba menggoda. Tapi jika dia berpakaian ala kadar, diejak kekampungan.

Tidak faham betul si gadis dgn perangai lelaki. Kalau berselisih faham mereka tuduh si gadis degil. Tapi kalau si gadis berdiam diri, lelaki kata die bodoh.

Lelaki..makhluk spesis apakah mereka ini? Apabila si gadis tidak menyintai si lelaki, makhluk itu cuba memujuk rayu, tapi bila si gadis betul-betul jatuh cinta, si lelaki pula meninggalkannya. Kalau tidak di turutkan kehendak nafsunya, si gadis di tuduh tidak cinta sesungguh hati. Tapi bila diserahkan tubuh badan, lelaki kata si gadis perempuan murahan.

Si gadis sedih kerana bila di ceritakan masalahnya , lelaki kata,” tak habis-habis menyusahkan orang. Masalah aku pun banyak jugak”. Tapi bila tidak di ceritakan masalah diri, lelaki tuduh si gadis tidak percayakan dirinya..

Andai si gadis naik angin, dengan sesedap mulut saja si lelaki kata si gadis suka membebel macam mak nenek. Tapi bila si gadis protes sebab selalu di marah, lelaki jawab, “ itu tandanya saya prihatin terhadap awak.” Porahhhhh!!!!

Sungguh, si gadis tidak tahan degan kerenah lelaki. Kadang-kadang teringin juga mencapai sebatang rokok. Belum sempat hisap si lalaki pun berkata, hisaplah..perempan jahat!”. Tapi bila di Tanya kenapa awak hisap rokok. Si lelaki jawab, “ macam inilah baru di namakan lelaki…” poorahhhh!!!

Andai si gadis mengecilkan hati si lelaki, makhluk tuhan itu menuduhnya kasar. Tapi bila si lelaki mengecilkan hati si gadis sehingga terluka hati dan perasaannya, makhluk itu dengan sedap hati menjawab, “awak ni terlalu sensitiflah, bosan saya”.

Si gadis menggeleng kepala. Ah, susah betul hendak memahami lelaki. Kalau di ceritakan keluhannya ini kepada lelaki, pasti mereka tidak mengaku. Tapi kalau di pendamkan saja, lelaki akan menuduhnya pentingkan diri sendiri pula..

Hai lelaki,salahkah kata-kata luahan si gadis ini..buktikanlah kata-kata si gadis ini salah…

Monday, August 07, 2006

TeRMeNung Di JEndELA..@1


Termenung aku di jendela bilik orang gaji rumah No.7 TU 27 dengan pemandangan belakang rumah cina yang ntah pe2 tah ni…sambil aku mendengar lagu2 country dari pc Mr.Mamat teman sebilik aku…heheh bez jgk lagu ni…aku mau layan lu lah :)..lalalalala!!!


Hari ni 7/8/06 genaplah sebulan aku kat bumi melaka ni..setelah bercuti panjang...heheh aku da berada di tahun 4 dimana tahun ni aku rasa tahun yang paling sibuk bagi aku…tahun ni jgk aku kena siapkan projek sarjana muda(PSM) aku..huhuhuh.sebulan berlalu dengan cepat nye…aku xsedar pon tp yg aku tau projek PSM aku lum jalan pe2 pon lg…wakakkaka..emm jumaat lepas aku g jumpa penyelia aku Prof.Dr.Radzai….aku dapat tajuk “the study of octagon tube under quasi-static loading” aku pon xpaham tajuk 2..heheh ish ntah mcm mana la aku leh g pilih prof 2 jadi penyelia aku….”Ish..!!Xpaham aku” copy ayat pok su..;


Sebelum aku menyerah diri kat prof 2 aku da ada tajuk sbnarnye dengan En.Skyline(En Salim)…p tajuk dia 2 mcm pelik r…macam2 aku kena buat..nk kena design robot lagi..pas 2 nk kena buat software lagi tuk gerakan robot 2 & nk kena buat analysis lagi…ish..pening kepala aku.la...dia ngat aku ni banyak masa ke nk buat benda2 cam 2…dah la nk kena kuar belanja sendiri…dia ngat aku cop duit ape!!!heheh bukan marah Nasihat…=)) Emm akhirnye aku g la menyerah diri kepada Prof. Dr Radzai Said tuk jadi penyelia aku…hehhe dulu aku bukan main lagi nk elak dari prof radzai jadi penyelia aku tp skrg aku pilih dia gak huh nk uat cm ner kan…wes!! bgs jgk la duk bwh dia ni.. xpayah buat benda2 yang mengarut cuma aku kena buat ujikaji je…jimat ckt duit aku..wakakakak pas 2 dia cakap nt kalau aku nk sambung master leh uat bawah dia gak..sambung projek degree aku ni tp masalah nye boleh ke aku study sampai master ni…”impossible2” degree pon dah sengket ni nak sambung master lak wakakakkakka ;) pancit aku…


Emm dalam masa sebulan ni aku banyak belajar benda baru dalam kehidupan aku..aku begitu yakin dengan diri aku sendiri tapi aku masih mencari diri aku yang sebenarnya,aku jgk banyak kenal orang n banyak jgk kawan2 yang memberi semangat kat aku….heheh bagus gak dapat kawan cam ni..hahah p yang paling aku hepi setakat ni “benda yang aku tunggu hampir dua tahun akhirnya muncul gak…” tp benda ni biarlah rahsia dulu…heheh kita kena ingat “…tak ada yang mustahil dalam dunia ni wei….” Kata2 member baru aku n akan aku pegang sampai bila2….(bersambung la pulak...)

Friday, August 04, 2006

Terima Kasih semua...



Assalamualaikum...
TQ cz sudi melawat blog aku ni...aku umpama
"Buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokan,
Aku budak baru belajar,
kalau salah tolong le tunjukan..."
Wkakakakkak:)